Gigaland labur RM70b tiga projek

Gigaland labur RM70b tiga projek

Kuala Lumpur: Pelaburan hartanah bernilai RM70 bilion bakal disuntik menerusi tiga projek mega oleh Gigaland Equity Sdn Bhd (Gigaland) dengan projek terbesar adalah Pulau Warisan Antarabangsa Melaka Gigaland menelan belanja RM40 juta.

Ia bakal menjadi pusat perdagangan dunia bagi Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).


Syarikat itu dalam kenyataannya berkata, dua lagi projek yang bakal dibangunkan ialah pembuatan dan pemasangan Gigaland Gyrocopter dengan perbelanjaan modal (capex) RM20 bilion dan hab penyimpanan Gigaland petrokimia serta minyak bernilai RM10 bilion.

“Projek ini dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh 10 tahun dengan projek pembinaannya bermula tahun ini dan pusat perdagangan dunia ini akan didaftarkan dengan Intertanional Chamber of Commerce (ICC) selain ia direka bentuk mengikut pematuhan syariah. “Rumah Perdagangan Antarabangsa bersetuju bersama Gigaland bagi menguruskan pusat perdagangan ini selain Depositori Amanah Clearance House (DTC) dari segi penggunaan sistem dan bakal menjadi pusat aktiviti bagi semua ahli OIC dalam perdagangan, pembangunan Pelancongan Antarabangsa warisan UNESCO terbaik rantau ini,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/08

p 89EKCgBk8MZdE Gigaland labur RM70b tiga projek
Gigaland labur RM70b tiga projek


Related posts "Gigaland labur RM70b tiga projek":

ADD YOUR COMMENT