3 penyamun ditembak mati

3 penyamun ditembak mati

Kuala Lumpur: “Saya bimbang kalau penjenayah itu melarikan diri dan lompat masuk ke kereta saya, namun lega apabila polis memberitahu mereka sudah mati ditembak.”

Demikian kata saksi kejadian adegan tembak-menembak antara anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dengan tiga penjenayah di Plaza Tol Sentul Pasar, Lebuh raya DUKE di sini, petang semalam.

Lelaki itu yang mahu dikenali sebagai Samad, 40-an, berkata ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang ke rumah sebelum melihat beberapa kenderaan peronda polis (MPV) membuat sekatan jalan raya kira-kira jam 3.30 petang.

Menurutnya, beberapa minit kemudian, dia melihat sebuah Proton Wira hitam yang dikejar MPV cuba melepasi sekatan berkenaan namun gagal sebelum berlaku tembak-menembak.

xpix gal1.pagespeed.ic.tAxjVSO3r0 3 penyamun ditembak mati

ANGGOTA polis forensik melakukan siasatan di tempat kejadian.

xpix gal2.pagespeed.ic.IORgkOx MA 3 penyamun ditembak mati

ANGGOTA polis mengangkat mayat penjenayah.

xpix gal3.pagespeed.ic.7RYguV85w0 3 penyamun ditembak mati

KETIGA-tiga penjenayah mati ditembak di tempat kejadian.


“Mendengar bunyi tembakan, saya bertambah takut kerana bimbang tembakan itu terkena pada saya, tapi beberapa minit kemudian polis mengarahkan semua kenderaan yang berhenti beredar bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/10

p 89EKCgBk8MZdE 3 penyamun ditembak mati
3 penyamun ditembak mati


Related posts "3 penyamun ditembak mati":

ADD YOUR COMMENT